Beka Melayu

Béka Melayu (Jawi: ‏بيكا ملايو‎‎) atau turut dikenali sebagai Cakap Melayu (Jawi: ‏چاكڤ ملايو‎‎) dan Lidah Melayu (Jawi: ‏ليده ملايو‎‎) ialah gerakan pemurnian Bahasa Melayu. Pemurnian Bahasa Melayu ini dilakukan dengan menyingkirkan perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Belanda, Arab, Sanskrit, Parsi, Hokkien, Tamil dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkataan daripada bahasa serumpun iaitu bahasa daripada Rumpun Bahasa Austronesia seperti Bahasa Jawa, Sunda, Aceh, Cham dan sebagainya terus dikekalkan malahan adakalanya perkataan daripada bahasa-bahasa tersebut diambil sebagai pengganti perkataan pinjaman asing bukan Austronesia. Kesimpulannya, Beka Melayu bukanlah gerakan “meMelayukan” Bahasa Melayu tetapi “MengAustronesiakan” Bahasa Melayu iaitu memurnikan Bahasa Melayu daripada sebarang unsur yang tidak berasaskan akar asalnya iaitu Rumpun Bahasa Austronesia.

Rujukan

WikiPedia: Beka Melayu //scholar.google.com/scholar?q=%22Beka+Melayu%22 //www.google.com/search?&q=%22Beka+Melayu%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Beka+... //www.google.com/search?q=%22Beka+Melayu%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Beka+Melayu... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-lumpuk-uj... https://www.thepatriots.asia/pemurnian-bahasa-angl... https://twitter.com/bekamelayu?lang=en https://bekamelayu.wordpress.com/2017/08/23/beka-m...